Saturday, 8 February 2014

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN IKHLAS SELURUH WARGA RT SINGGAHMATA, KG.SALIMANDUT KEPADA KELUARGA ADDY BIN JANAM



Alhamdulillah..
Syukur kehadrat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izinnya Jawatankuasa RT dengan kerjasama JKKK Kg.Salimandut telah berjaya mengadakan kutipan derma daripada seluruh penduduk Kg.Salimandut untuk membantu meringankan bebanan keluarga Addy Bin Janam yang sedang terlantar sakit di Hospital Queen Elizabeth II ketika ini.

Majlis paling ringkas telah diadakan pada petang tadi di Bangunan RT di mana ianya disampaikan oleh Timbalan Pengerusi RT, En. M Salaman Bin Ondu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi RT Datin Justina Binti Tuyundo, Setiausaha RT Pn.Farinah Jubin, Bendahari RT Pn.Masnidah Majanun, Setiausaha merangkap Bendahari JKKK Kg.Salimandut Pn.Rusiana Sudan.

Syabas dan tahniah atas usaha melaksanakan program ini di bawah Biro Kebajikan kedua-dua jawatankuasa besar Kg.Salimandut.