Saturday, 8 February 2014

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN IKHLAS SELURUH WARGA RT SINGGAHMATA, KG.SALIMANDUT KEPADA KELUARGA ADDY BIN JANAM



Alhamdulillah..
Syukur kehadrat Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izinnya Jawatankuasa RT dengan kerjasama JKKK Kg.Salimandut telah berjaya mengadakan kutipan derma daripada seluruh penduduk Kg.Salimandut untuk membantu meringankan bebanan keluarga Addy Bin Janam yang sedang terlantar sakit di Hospital Queen Elizabeth II ketika ini.

Majlis paling ringkas telah diadakan pada petang tadi di Bangunan RT di mana ianya disampaikan oleh Timbalan Pengerusi RT, En. M Salaman Bin Ondu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi RT Datin Justina Binti Tuyundo, Setiausaha RT Pn.Farinah Jubin, Bendahari RT Pn.Masnidah Majanun, Setiausaha merangkap Bendahari JKKK Kg.Salimandut Pn.Rusiana Sudan.

Syabas dan tahniah atas usaha melaksanakan program ini di bawah Biro Kebajikan kedua-dua jawatankuasa besar Kg.Salimandut.



Sunday, 26 January 2014

PEGAWAI PERPADUAN DAERAH BERGAMBAR BERSAMA AJK RUKUN TETANGGA







 



Selepas pembentukan AJK Rukun Tetangga Singgahmata, Kg.Salimandut bagi sesi 2014-2015, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Marudu, Puan Jessica Basat merakam gambar kenangan bersama AJK.


MESYUARAT PEMBENTUKAN AJK RUKUN TETANGGA BAGI TAHUN 2014-2015

 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 


Alhamdulillah. .
Selesai Mesyuarat Pembentukan Ajk Rukun Tetangga Singgahmata Kg.Salimandut bagi tempoh 2014-2015.
Terima kasih kepada Pegawai Perpaduan Daerah Kota Marudu, Puan Jessica Basat atas kehadiran bersama-sama dengan warga RT Rukun Tetangga Salimandut sebentar tadi.

Terima kasih juga kepada Datuk Latiff Kandok selaku tetamu vip juga Audit RT.

Selamat menjalankan tugas kepada semua ajk yang baru dilantik. Bersama mentransformasi RT kita.

Sunday, 12 January 2014

Bakal Menyinar

Alhamdulillah..
Setelah sekian lama menyepi, Rukun Tetangga Singgahmata, Kg.Salimandut akan memulakan penggal 2014 ini dengan segala transformasi yang disarankan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Adalah menjadi harapan bersama supaya semua ajk yang bakal diumumkan oleh Pegawai Perpaduan dalam masa terdekat akan dapat menggembleng tenaga dan kesepaduan kerjasama demi memartabatkan Rukun Tetangga ini.

~Admin~